Tempat percutian yang pertama yang ak rase antara yang bes kat Malaysia ni ialah Pulau Tioman.
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan
peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km
lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung
Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya
terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari
udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti
yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung
Gemok, Kuala Rompin di Pahang.
Untuk pengetahuan jumlah pelancon ke pulau tioman boleh dibanggakan.
Jumlahlah pelancong sebulan antara 800-1200 orang pada tahun
1998. Pelancong datang dari Jerman, Perancis, Itali, England, Singapura dan
lain-lain negara. Dalam setahun, 10,000 - 50,000 pelancong datang ke pulau ini.
Pada tahun (2009) angaran pelancong yang berkunjung ke pulau ini meningkat.
Jumlah pelancong sebulan mencecah 30,000 - 50,000 orang sebulan. Kebanyakan
pelacong yang datang ke pulau ini berasal dari eropah. Tempat yang menjadi
tumpuan ramai utk dikunjungi ialah Kg.Salang. Antara resort popular di Kampung
Salang Salang Pusaka Resort, Salang Sayang Resort & Salang Indah Tioman,
kebanyakkan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.
Di Pulau Tioman ni..terdapat banyak gugusan Pulau-Pulau kecil yang mane sesuai untuk aktiviti-aktiviti air.Selain itu terdapat juga taman laut yang mane pelbagai jenis ikan dapat di jumpai.Senarai beberapa kawasan yang menarik untuk aktiviti air:
Pulau Sepoi *Aktiviti: Scuba Diving
Pulau Chebeh *Aktiviti: Scuba Diving
Pulau Soyak *Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
Pulau Renggis *Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
Pulau Tulai *Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
Pulau Jahat *Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
Pulau Tomok *Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
Pulau Bahara *Aktiviti: Scuba Diving
Kesimpulannya pulau tioman sangat sesuai kepada sesiapa yang meminati aktiviti aier seperti scuba diving dan snorkeling
No comments:
Post a Comment