Sunday, 20 May 2012

PULAU LANGKAWI



Pulau Langkawi juga adalah tempat yang amat menarik untuk di lawati di Malaysia.....
  Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

 Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

  Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.
Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.[1][2]
Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.

  Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:
Gergasi Bertarung
Pulau Dayang Bunting
Mahsuri
Puteri Dayang Sari
Telani dan Telanai
Geroda dan Jentayu
Telaga Tujuh




Di langkawi juga terdapat kereta kabel....
 Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad.Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.

  

  Dari Jeti Kuah, pengunjung boleh menyewa kereta (RM100 untuk Proton Saga) terus pergi ke Oriental Village di kaki Gunung Mat Chinchang. Jauhnya 30 minit dari pekan Kuah. Dari jauh lagi pengunjung berpeluang dapat melihat kereta kabel kelihatan terapung-apung tinggi di udara. Tiket dijual pada harga RM30.00 seorang untuk dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak. Warganegara Malaysia dengan MyKad biasanya akan diberikan potongan harga khusus. Waktu operasi biasanya diantar pukul 9.30 am hingga 7.00 pm. Tidak ada perkhidmatan kereta kabel disediakan pada waktu malam.Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa naik ke atas kerana akan mencemarkan alam sekitar terutama jika dibuang dari kereta kabel.
  
  Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi pengunjung mesti segera menaikinya dalam tempoh masa yang sesuai. Gondola ini selamat digunakan dan tidak olang-aling atau berayun. Mungkin rasa gementar sedikit ketika tiba di menara pemindahan.
Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan puncak bagaikan dari dalam sangkar burung garuda.
Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelaianan jenis pokok dari setiap ketinggian.
Di tengah-tengah perjalanan, janganlah pandang ke bawah jika rasa gayat. Walau bagaimanapun kareta kabel ini amat selamat kerana menggunakan teknologi Austria dan Switzerland.
Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan Thailand juga jelas kelihatan dari sini.[6] Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.

Titian gantung

Titian gantung kereta kabel Langkawi atau Langkawi SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks kereta kabel Langkawi. Ia siap dibina pada tahun 2004, titian gantung yang melengkung ini dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang. Dihubungkan dari stesen puncak, titian ini tergantung dari 82m tinggi dari tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100m. Titian ini unik kerana, walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan. sealain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya.
Panjang titian gantung ini ialah 125m sekaligus menjadikan ia diantara struktur jambatan tergantung melengkung yang terpanjang didunia.
Kaedah pembuatan jambatan/titian ini dilihat agak sukar kerana melibatkan beberapa elemen kritikal diantaranya; mengimbangkan struktur jambata panjang yang melengkung di lereng puncak dengan hanya berpautkan pada beberapa tali keluli yang disandarkan pada tiang tunggal. Selain itu, ia melibatkan pengurusan berat yang optimal, pengedaran bahan-bahan pembinaan dan perancangan dan pemetaan tapak kukuh. Uniknya, semua kerja-kerja penghantaran bahan pembinaan ke puncak gunung hanya melibatkan helikopter sebagai medium pengangkutan dan pemindahan utama sehinggalah jambatan berjaya disiapkan sepenuhnya.

  Dari kereta kabel, pengunjung dapat melihat tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya putih jernih, mengalir bertingkat-tingkat atau bertangga-tangga.

No comments:

Post a Comment