Pulau Langkawi juga
adalah tempat yang amat menarik untuk di lawati di Malaysia.....
Langkawi
merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia.
Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya
dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri
sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di
Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau
Langkawi merupakan yang terbesar.
Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan
"Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu
iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal
kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang
mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan
yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga
merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat
di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga
dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam
bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian
Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan
"Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di
dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang
mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka"
(keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).
Langkawi terletak di utara Selat Melaka di
selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand.
Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama
gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.
Titik tertinggi Langkawi
ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di
kawasan tengah-barat pulau utama.[1][2]
Kepulauan ini
mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu
persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Langkawi
adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah
legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:
Gergasi Bertarung
Pulau Dayang Bunting
Mahsuri
Puteri Dayang Sari
Telani dan Telanai
Geroda dan Jentayu
Telaga Tujuh
Di langkawi juga
terdapat kereta kabel....
Kereta kabel
Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah,
Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk
memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung
batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya
2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Asalnya sistem
pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini,
ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu
anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad.Sistem pengangkutan
kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan
kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.
Dari Jeti
Kuah, pengunjung boleh menyewa kereta (RM100 untuk Proton Saga) terus pergi ke
Oriental Village di kaki Gunung Mat Chinchang. Jauhnya 30 minit dari pekan
Kuah. Dari jauh lagi pengunjung berpeluang dapat melihat kereta kabel kelihatan
terapung-apung tinggi di udara. Tiket dijual pada harga RM30.00 seorang untuk
dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak. Warganegara Malaysia dengan MyKad biasanya
akan diberikan potongan harga khusus. Waktu operasi biasanya diantar pukul 9.30
am hingga 7.00 pm. Tidak ada perkhidmatan kereta kabel disediakan pada waktu
malam.Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa naik ke atas kerana akan
mencemarkan alam sekitar terutama jika dibuang dari kereta kabel.
Pengunjung
akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. Gondola ini
tidak berhenti, jadi pengunjung mesti segera menaikinya dalam tempoh masa yang
sesuai. Gondola ini selamat digunakan dan tidak olang-aling atau berayun.
Mungkin rasa gementar sedikit ketika tiba di menara pemindahan.
Gondola akan tiba di
puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut.
Pengunjung boleh menikmati keindahan puncak bagaikan dari dalam sangkar burung
garuda.
Kemudian sambung
perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak
sebenar Gunung Mat Chinchang. Pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu,
kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelaianan jenis pokok dari setiap
ketinggian.
Di tengah-tengah
perjalanan, janganlah pandang ke bawah jika rasa gayat. Walau bagaimanapun
kareta kabel ini amat selamat kerana menggunakan teknologi Austria dan
Switzerland.
Di puncak, terdapat
pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut
Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan Thailand juga jelas
kelihatan dari sini.[6] Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi
pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar
tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas
menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk
Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.
Titian gantung
Titian gantung kereta
kabel Langkawi atau Langkawi SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang
unik di kompleks kereta kabel Langkawi. Ia siap dibina pada tahun 2004, titian
gantung yang melengkung ini dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang.
Dihubungkan dari stesen puncak, titian ini tergantung dari 82m tinggi dari
tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100m. Titian ini unik kerana,
walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas
oleh sebatang tiang penahan. sealain itu, strukturnya yang melengkung dilereng
puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya.
Panjang titian gantung
ini ialah 125m sekaligus menjadikan ia diantara struktur jambatan tergantung
melengkung yang terpanjang didunia.
Kaedah pembuatan
jambatan/titian ini dilihat agak sukar kerana melibatkan beberapa elemen
kritikal diantaranya; mengimbangkan struktur jambata panjang yang melengkung di
lereng puncak dengan hanya berpautkan pada beberapa tali keluli yang
disandarkan pada tiang tunggal. Selain itu, ia melibatkan pengurusan berat yang
optimal, pengedaran bahan-bahan pembinaan dan perancangan dan pemetaan tapak
kukuh. Uniknya, semua kerja-kerja penghantaran bahan pembinaan ke puncak gunung
hanya melibatkan helikopter sebagai medium pengangkutan dan pemindahan utama
sehinggalah jambatan berjaya disiapkan sepenuhnya.
Dari kereta
kabel, pengunjung dapat melihat tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya
putih jernih, mengalir bertingkat-tingkat atau bertangga-tangga.